Rumet baru aku01.06.09

Nama dia Milo. Tapi nama panggilan dia Lo. So, me-lolo-lolo laaaa kat rumah ni.. sket2, Loooo.. Loooo.. Dia seekor kucing jantan yang belum akil baligh lagi. Baru dibeli oleh pemiliknya, di Kota Tinggi dengan bayaran hanya RM 150.00 sahaja (kalo x silap). Milo masih kecil, suka bermain, usik2 segala benda kat rumah ni. Cicak kat rumah ni habis di belasah dia nih.

Lebih selekeh, lebih buruk, penuh penyakit kulit di muka, namanya Eddie. Nama nak canggih kan? Konon macam kuceng eropah, tapi muka longkang habis. Dia dah tua, sangat slow, disebabkan itu jgak lah ada yang menamakan dia Samad. Nama yang agak bersesuaian dengan etika kekampungan yang ditonjolkan. Dia ni jantan juga, harap2 xde kecing sepah2. Nampak je macam gengster, tapi hati dia lembut. Aku bangun2 tidur, dia ada dok sebelah kaki aku konon2 nak bermanja. HAHA~

Apa2 pun, dengan adanya 2 rakan baru ni bersama2 beberapa ekor katak hijau beso2, cicak bersepah2, dapat memberikan sinar baru, menyemarakkan lagi rumah ni sebagai rumah zoo contoh. Aku juga terpaksa membuat peruntukan yang lebih lama bagi kerja-kerja pembersihan bulu hidung aku nih.

Membuat baik pada binatang ini, Allah suka. Moga bertambah rezeki, kebahagiaan pada si pembela. Amin.

p/s : aku da bersin2 laaa beb

Posted in Kehidupanwith 3 Comments →

Joker kahwin12.28.08

Hari ini, kawan sebelah kelas semasa di Teknik, kawan sekelas semasa diploma KUiTTHO, sekarang berjumpa semula tika dia berkahwin. Majlis berlangsung di Pekan Nenas, Pontian. Bercinta since diploma lagi, dipanggil2nya mama-papa antara mereka. Konon2 romantik abeh, tapi romantik2 dia boleh bawak sehingga beromen dengan halal sekarang. Alhamdulillah….

Selamat Pengantin Baru. Moga kekal hingga ke akhir hayat…

p/s: Selamat tahun baru 1430H…. moga tahun ni memberi rezeki, kebahagian yang elok kepada ku..

Posted in Kehidupanwith 4 Comments →

Farah tunang12.27.08

Sepupu aku, sebaya dengan aku, dan seperti biasa bila dah mengikat tali pertunangan atau perkahwinan, ya, sudah bekerja. Ya, aku masih tiada apa2, kerana aku belum bekerja dan disebabkan aku tiada apa2 aku blum membuat ikatan apa2 pun dengan apa jua jenis tali walaupun tali sudah dipunyai, dan nafsu dan keinginan untuk mengikat tu begitu mendalam sekali. HAHAHA

Wakil pihak lelaki berkata tentang hantaran berjumlah RM 12k.

Dan aku lihat, ramai yang terkujat. Aku pon terkujat.  “Mak aih dak Felda sekarang, hantaran pun cecah 12riban…”, detik ati berkata.

“Sheq.. 12ribu sheq.. banyak tu… macamana ni sheq?”, ibu bisik kat aku.

“Sheq.. awak sekarang ada berapa?”, Wakyah menyampuk dengan gaya menyindir.

“Dia doblas ribu, kita ada dua ratus je… camanaa?”

Makcik2 lain gelak… Cis~

Posted in Kehidupanwith 5 Comments →

Yaa12.26.08

Yaa.. Aku sudah sampai Eyes on Malaysia, Melaka. Tapi macam hampeh je. Grand tang raksaksa gedabak ni saje. Masih belum boleh diangkat sebagai kawasan yang perlu dikunjungi kerana kawasan sekitarannya masih dalam keadaan kelamkabut. Masih under-construction. But i love cara pembangunan Melaka lately. Agak tersusun, dan betul2 makan banyak duit. huhu…

p/s: i really happy dat day…

Posted in Kehidupanwith 8 Comments →

M & E II12.23.08

Teka teki teka tekun. Kenapa dia gembira sakan ? Sebab suami dia…

  1. Artis popular?
  2. Jutawan?
  3. Soleh?
  4. Ciri2 lelaki melayu terakhir?
  5. Menolak cinta lama demi diri dia?

p/s: To b continue….

Posted in Semasawith 10 Comments →

Tok12.23.08

Selepas raya haji ni, kesihatan tok makin terok. Harini sudah tidak larat nak berjalan, nak ke toilet pun kena berdukung. Tok makin meracau2, malam takleh tidur. Terpaksa lah ada yang berkorban untuk tidur disebelahnya.

Malam tadi, tok bangun dari tidur, dan teros melangkah keluar dari bilik tanpa disedari orang. Tup2 dia tumbang, dan muka menghempas ke lantai rumah. Kening kiri tok terkoyak, darah melimpah2, memancut2…

Siang tadi aku saje2 bertanya,

Tok.. Macamana boleh luka ni?

Tok membalas…

Aju. Dia main cucuk2 guna sudu…..

Oh….

p/s: moga tok makin waras ya…..

Posted in Kehidupanwith 4 Comments →

M & E12.21.08

To be continued…..

Posted in Semasawith 4 Comments →

Kukup, Pontian12.19.08

Assalamualaikum. Currently, I’m online at Tanjung Piai Resort, at Tanjung Piai. Located at the southernmost of Peninsular Malaysia.

Nanti2, sambung nulis lagi. Wifi hotel ni asyik putus2 je. Maklumlah, resort atas laut. hua3

Posted in Kehidupanwith 8 Comments →

Pie Es Hem II12.18.08

Sekarang bermula aktiviti menggoreng bitumen. Seperti benggali2 di jalan tu semua, dok menurap jalan. Sebelum jalan diturap, perlukan campuran agregat, butiran halus, tar, dan sedikit simen.  Kajian aku hanya melibatkan lapisan haus jalan.

Tension…

Buat penat, ada sampel yang gagal.

OK. Sekarang waktu membersihkan…

“Kak.. Yang ni xleh dibersihkan ke?”, sambil menunjuk kesan bitumen yang tertumpah di lantai.

“Tadi dah try buat, takleh dibersihkan lah. Susah…. Tu Nash punya kerja, bitumen tu Nash yang jatuhkan, akaknya belah sana, tapi da bersih”, sambil menunjukkan kotoran dia lakukan.

SENTAP!!

Sama2 buat kerja, apa salahnya sama2 punya kotor.. Nak menyalahkan orang je. Aduh~

Posted in Kehidupanwith 6 Comments →

Pi Es Hem12.16.08

Assalamualaikum.

Oh aduhai.. Baru 2 hari aku start kerja2 lab utk Projek Sarjana Muda aku. 2 hari ini baru je dok wat persediaan bahan, sieve akunya bahan2 ni, dapatkan peratusan kandungan yang sesuai utk design jalan aku, dapatkan nilai SG nya. Masuk lab pagi, balik petang. Tanpa makan tengahari. Betul2 bertungkus lumus tuh. Kalau Dekan tau aku bersemangat camni, boleh dia bagi aku job jadi technician makmal tu wooo. HAHAHA~

Arghhh.. Baru buat menatang tu smua… Aku bajet ciput je keje2 makmal ni, rupanya sangat laa melampau banyak. Dengan benda2 batu, pasir, kaca yang nak diserbukkan.. Tau tak hidung aku ni dah tepu dengan habuk2 ni smua. Dulu aku praktikal jadi buruk, xde pon banyak habuk camni. Pastu arini ada lak makhluk cina 2 org ni, dok saiko2 cam sebab diorang nak siap. Eceli diorang tak saiko apa2 pun, tapi dengan kerlingan mata, dengan bahasa2 dia, bahasa2 badan dia aku tau, dia perlekehkan kerja2 aku. Ye.. yee!! Aku sedar. Aku baru mula~ Hua3….

Ww.. Cepat balik. WAt PSM!!!!

HAHAHAA

p/s: esok nak pi lab lagi. adieh…

Posted in Uncategorizedwith 2 Comments →

  • You Avatar
    Aku gembira, aku tertawa, aku suka berkongsi dengan orang. Aku jatuh, aku sedih, aku berharap ada yang mendengar. Mereka kata aku bisu dalam pergaulan. Mereka-mereka juga kata aku malas bercakaran. Aku bukan seperti permata, menyinar, berkilau menghiasi dunia. Aku seperti kaca, berguna bila diperlukan, pecah berderai bila dihancurkan. Oh ya~ Projek PSM aku pun melibatkan kaca buangan. Hahahaha!!